Thursday, July 30, 2009

Rangka Tindakan (blue print) setiap manusia adalah sama

Setiap tindakan manusia adalah mengikut formula rangka tindakan yang sama.
formulanya adalah TBA2= R . Anda semua mesti tahu formula ini supaya anda dapat memprogramkan diri anda kepada kejayaan. Apakah formula blue print itu?

den nga
TBA2= R . T adalah thought iaitu pemikiran. B pula ialah believe system iaitu sistem kepercayaan . A ialah attitude iaitu sikap dan A yang kedua ialah Action iaitu tindakan hasil dari perubahan TBA dan R pula ialah result atau hasil kepada TBA2.

Bagi rangka tindakan berlaku perubahan maka ditambah PTBA2=R. P ialah programming iaitu memprogramkan semula minda anda kaedah yang betul . Salah satu teknik yang popular ialah teknik NLP (neuro language programming) program bahasa minda.
Bahasa minda adalah pendengaran (suara dalaman), penglihatan( Gambaran mental) dan kinestik (melibatkan perasaan)

Sebenarnya diri kita terbahagi kepada 4 komponen Iaitu PESM. P ialah Physical, E ialah emotion , S ialah spirit dan M ialah mental. Physical dan tindakannya adalah hasil daripada manifestasi yang diterjemahkan oleh MES. Tindakan P adalah diterjemahkan dari kekuatan MES. Keunggulan peribadi seseorang kerana mereka berjaya memperkasakan MES. P adalah dibaratkan sebagai buah dan MES adalah akarnya. Maka untuk memperolehi buah yang lebat, mekar, subur dan sedap perlulah diperkuatkan akarnya iaitu MES. P adalah dibaratkan hanya satu komponen titik kecil. Diri anda yang besar adalah kerana anda berjaya memperkasakan MES.

Bila anda berjaya memprogramkan minda anda maka berlaku perubahan dalam pemikiran .Apabila berlaku perubahan dalam pemikiran maka berlaku perubahan dalam sistem kepercayaan pada kemampuan anda . Apabila anda berjaya merubah sistem kepercayaan maka anda akan berubah dari segi sikap anda . Dan apabila anda berjaya mengubah sikap maka akan berlaku perubahan dalam tindak -tanduk anda dan seterusnya anda akan memperolehi hasil yang sungguh mengagumkan.

Selamat berjaya!

sumber dari mindataqwa

Saturday, July 11, 2009

Ambillah masa untuk berfikir Kerana berfikir itu asas keluasan
Ambillah masa untuk membaca Kerana membaca itu asas kebijaksanaan
Ambillah masa untuk bekerja Kerana kejayaan tidak datang tanpa usaha
Ambillah masa untuk sembahyang Kerana sembahyang itu asas ketaatan
Ambillah masa untuk bermain Kerana bermain itu asas kecergasan
Ambillah masa untuk bersedekah Kerana masa terlalu singkat untuk diri sendiri
Ambillah masa untuk tertawa Kerana tertawa itu penawar jiwa
Ambillah masa untuk sahabat Kerana sahabat itu jalan kebahagiaan
Ambillah masa untuk berkasih sayang Kerana kasih sayang itu kurniaan Allah S.W.T. Yang Maha Esa